SENAMAN SEWAKTU KEHAMILAN

KELEBIHAN MELAKUKAN SENAMAN SEWAKTU HAMIL.

Senaman sewaktu hamil memberi kesan yang baik sewaktu hamil. Ia memperbaiki emosi, meningkatkat kualiti tidur dan mengurangkan kesakitan dan lenguh juga mengurangkan risiko diabetis. Selain itu ia menguatkan otot dan menyediakan badan untuk waktu kelahiran serta membantu memudahkan anda kembali ke bentuk badan yang ideal selepas bersalin.

Senaman boleh dilakukan sekurangan 30 minit setiap hari. Ini akan membuatkan jantung anda sentiasa aktif, mengawal berat badan dan mempersiapkan tubuh tanpa memberi tekanan pada anda serta kandungan.

Berikut adalah antara aktiviti yang selamat untuk dilakukan, walaubagaimanapun digalakkan anda mendapatkan khidmat nasihat dari doktor anda dahulu. Untuk lebih seronok lakukan bersama suami atau teman-teman hamil yang lain.

BERJALAN
Antara senaman paling mudah dan baik untuk ibu hamil. Berjalan menjadikan anda lebih sihat tanpa memberi kesan pada lutut dan buku lali anda. Boleh dilakukan dimana sahaja dan tanpa memerlukan sebarang alatan dan belanja yang besar.

BERENANG
Pakar kesihatan menekankan, berenang merupakan senaman yang selamat dan terbaik untuk ibu hamil.  Ia membuatkan ibu hamil tidak terasa beban atau tekanan dan ia baik untuk otot lengan dan kaki.

AEROBIK IMPAK RENDAH
Senaman aerobik menguatkan jantung dan otot badan. Jika anda menyertai kelas senaman, ia lebih menarik kerana anda berkongsi keceriaan dan pengalaman anda bersama ibu hamil yang lain.

MENARI
Dapat membuatkan jantung anda terus aktif dengan tarian sambil diiringi muzik kegemaran anda. Lakukan sendiri dirumah tanpa segan atau menyertai kelas tarian. Tapi ingat, elakkan dari melakukan rutin tarian seperti melompat atau berpusing.