TENTANG KAMI





Terima kasih kerana melawat

https://myberpantang.blogspot.com

Kami merupakan pelopor penyedia perkhidmatan penghantaran terus / COD set Tanamera terus ke pejabat dan kediaman serta hospital dimana klien mahukan ia dihantar.

Bermula pada sekitar awal 2012. Hazairin, pengasas yang bermula dengan postnatalcareset.blogspot.com kemudian ditukar kepada myberpantang.blogspot.com (untuk memudahkan carian) terlibat dalam fotografi dan grafik pemasaran untuk Set Tanamera. Bermula dari situ dia tertarik dengan konsep dan produk yang menggunakan bahan semulajadi dan mesra alam serta tidak menggunakan bahan terlarang yang akan memberikan kesan sampingan kepada ibu hamil dan bayi.

 

Sekitar Jun 2012, Hazairin mengambil keputusan untuk memulakan postnatalcareset.blogspot.com menjadikan Set Tanamera sebagai produk asas yang ditawarkan kepada ibu dan bakal ibu. Menyediakan perkhidmatan yang mudah dan cepat dalam urusan pembelian.

Puan Halimah, ibu kepada Hazairin merupakan seorang jururawat perbidanan yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun. Beliau adalah penasihat yang banyak membantu dalam persoalan kesihatan ibu dan kandungan serta penjagaan waktu berpantang. 

Jika ada antara ibu hamil yang mempunyai persoalan berkaitan kehamilan dan kesihatan bayi, boleh ajukan sahaja kepada kami.

Sejak dari adanya myberpantang.blogspot.com telah menjadi pilihan yang utama di kalangan ibu dan bakal ibu untuk mendapatkan set Tanamera. Mendapat kepercayaan dari mereka yang berada di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kami mengamalkan urusan seperti kami yang membeli, bagaimana kami mahu dilayan jika kami adalah pelanggan. Jadi kami akan memberikan sepenuh hati dan perkhidmatan kepada pembeli.

Kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh pembeli menjadi teras urusan untuk memberikan perkhidmatan jualan yang mudah dan terbaik untuk anda.

Selain menggunakan khidmat kurier, kami juga menawarkan pembelian secara bayar waktu serahan (COD). Ini adalah untuk memberikan anda lebih keyakinan dalam berurusan dengan kami.

Kongsikanlah tentang kami kepada orang sekeliling anda. Terima kasih.

Pertanyaan & Pembelian
WhatsApp/Telegram 018-9873806