Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts

IBU HAMIL! JANGAN MAKAN INI!

MAKANAN YANG PATUT DIELAKKAN SEWAKTU KEHAMILAN.

 

Pemakanan seimbang adalah penting sepanjang masa, tetapi ia menjadi perkara yang lebih utama sewaktu kehamilan. Dalam tempoh itu kandungan anda amat memerlukan vitamin dan meneral untuk tumbesaran yang sihat.

Kebanyakkan makanan adalah sesuai, cuma ada di antara makanan yang patut ibu hamil tidak perlu makan kerana ia mungkin akan memberikan kesan seperti keracunan makanan dan mungkin mengandungi bakteria, kimia atau parasit yang kelak akan memberi kesan pada kandungan. Antara makanan berikut ialah :

DAGING MENTAH

Makanan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya seperti makanan laut atau daging perlu dielakkan kerana mungkin mengandungi bakteria.

DAGING DELI
Ia mungkin tercemar dengan bakteria yang merbahaya dan boleh menjangkiti bayi dalam kandungan. Kesannya pula boleh mengancam nyawa dan keracunan darah.
Jika anda mahukan ia juga dalam rutin makanan anda. pastikan ia dimasak sempurna. Tapi mengapa mengambil risiko?

TELUR MENTAH
Telur mentah atau makanan yang mengandungi telur mentah harus dielakkan kerana ia mungkin terdedah kepada bakteria . Ada sesetengah makanan seperti sos untuk salad, ais krim dan mayonis menggunakan telur mentah. Jadi anda sebaiknya mengelakkan makanan sebegini. Gunakanlah telur yang telah di pasteur

SUSU YANG TIDAK DI PASTEUR
Pastikan anda membeli susu yang telah di pasteur.

ALKOHOL

Tidak ada sukatan alkohol yang selamat untuk kandungan. Jadi jauhkanlah dari pengambilan produk yang beralkohol.

SAYUR YANG TIDAK DIBASUH
Secara asasnya sayur adalah selamat untuk dimakan, walaubagaimanapun pastikan anda membasuh sebaiknya kerana bimbang mungkin terdapat sisa baja pada sayuran yang digunakan sewaktu pembesaran

SENAMAN SEWAKTU KEHAMILAN

KELEBIHAN MELAKUKAN SENAMAN SEWAKTU HAMIL.

Senaman sewaktu hamil memberi kesan yang baik sewaktu hamil. Ia memperbaiki emosi, meningkatkat kualiti tidur dan mengurangkan kesakitan dan lenguh juga mengurangkan risiko diabetis. Selain itu ia menguatkan otot dan menyediakan badan untuk waktu kelahiran serta membantu memudahkan anda kembali ke bentuk badan yang ideal selepas bersalin.

Senaman boleh dilakukan sekurangan 30 minit setiap hari. Ini akan membuatkan jantung anda sentiasa aktif, mengawal berat badan dan mempersiapkan tubuh tanpa memberi tekanan pada anda serta kandungan.

Berikut adalah antara aktiviti yang selamat untuk dilakukan, walaubagaimanapun digalakkan anda mendapatkan khidmat nasihat dari doktor anda dahulu. Untuk lebih seronok lakukan bersama suami atau teman-teman hamil yang lain.

BERJALAN
Antara senaman paling mudah dan baik untuk ibu hamil. Berjalan menjadikan anda lebih sihat tanpa memberi kesan pada lutut dan buku lali anda. Boleh dilakukan dimana sahaja dan tanpa memerlukan sebarang alatan dan belanja yang besar.

BERENANG
Pakar kesihatan menekankan, berenang merupakan senaman yang selamat dan terbaik untuk ibu hamil.  Ia membuatkan ibu hamil tidak terasa beban atau tekanan dan ia baik untuk otot lengan dan kaki.

AEROBIK IMPAK RENDAH
Senaman aerobik menguatkan jantung dan otot badan. Jika anda menyertai kelas senaman, ia lebih menarik kerana anda berkongsi keceriaan dan pengalaman anda bersama ibu hamil yang lain.

MENARI
Dapat membuatkan jantung anda terus aktif dengan tarian sambil diiringi muzik kegemaran anda. Lakukan sendiri dirumah tanpa segan atau menyertai kelas tarian. Tapi ingat, elakkan dari melakukan rutin tarian seperti melompat atau berpusing.